|
|
| Saturday, 3-May-2008 19:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sarah ~ Azli
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Apr-2008 10:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CADD
|
|
(Percubaan awal menggunakan CADD (computer aided drafting & design)
For me, CADD is more exciting than Photoshop, but this software is not for photographic purpose actually
|
|
|
|
|
|
| Monday, 31-Mar-2008 15:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Exclusive 2008: Quotation
|
|
Special promotion. Exclusive wedding album, storybook and portfolio.
To request quotation, pls email to adzhar05@gmail.com. Or just drop a call to 019-5990466 / 017-5102036
Untuk mendapatkan sebut harga seperti dalam gambar (format pdf),
sila email kepada adzhar05@gmail.com. Atau hubungi 019-5990466 / 017-5102036. Nyatakan lokasi dan tarikh hari bahagia anda.



|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-Mar-2008 12:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ekspedisi Irau II
|
|
Cabaran mendaki Gunung Irau telah berjaya kami sahut buat kali kedua pada 15~ 16 Mac 2008 yang lalu. Kali ini peserta terdiri dari 8 orang termasuk 4 peserta baru yang merupakan penuntut Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kumpulan diketuai oleh Azhar Ali (penulis dan penganjur ekspedisi yang lepas) kini menggelarkan diri mereka sebagai "Ipoh Hiking & Expedition Team (IHET).
Kami bertolak dari Ipoh pada pukul 9:30 pagi dan sampai di Brinchang pada pukul 10:30 pagi. Sampai di Brinchang, kami mencari kawasan meletak kereta untuk ditinggalkan semalaman. Kami tak sanggup lagi nak bawa kenderaan sendiri ke starting point di Gunung Brinchang sebab keadaan jalan yang merbahaya dengan kecerunan sehingga 10%. Kemudian pemandu van yang dijanjikan sampai untuk membawa kami ke Gunung Brinchang.
Setelah berbincang, pemandu van itu bersetuju membawa kami menjamah makan tengahari terlebih dahulu di pekan Brinchang sambil mengambil peluang terakhir membeli-belah sebelum mendaki.
Kami tiba ke starting point pada pukul 1:30 petang. Setelah membayar wang "servis" mengangkut kami dan segala peralatan, kami pun bersiap sedia untuk mendaki.
Sebelum itu, sekumpulan seramai 5 orang berbangsa Cina kelihatan sedang mula menaiki tangga khas di "starting point" untuk menuju ke destinasi yang sama.
Cabaran bermula...
Pendakian kami kali ini agak sukar dan lebih mencabar dari ekspedisi yang lepas kerana hujan turun menyebabkan keadaan "track" menjadi licin dan merbahaya. Aku terpaksa melupakan hasrat utk mengambil lebih banyak gambar kerana kamera aku bukan jenis "waterproof" atau "splashproof" atau entah apa proof lagi. Aku harus menyalahkan diri sendiri kerana tak bawa "raincoat". Aku hanya ada "rain-cover", untuk melindungi "backpack" dari dimasuki air hujan. Disebabkan hujan, kami tak banyak berhenti, kalau berhenti pun tak terlalu lama sebelum meneruskan semula perjalanan. Akhirnya kami sampai ke puncak "Anak Irau" pada pukul 5:15 ptg. Waktu ini, hujan sudah mula reda. Tetapi malangnya walaupun hujan tidak lama, ia meninggalkan kesan laluan yang sukar kepada kami. Apapun halangan, kami harus meneruskan pendakian. Sut mendaki kami sudah tidak serupa pakaian. Kasut, seluar, baju hingga ke topi disaluti lumpur dan tanah. Kami tak peduli semua itu lagi, apa yang penting ialah untuk sampai ke puncak Gunung Irau. Kira-kira sejam pendakian dari "Anak Irau", tiba-tiba terdengar bunyi deruan angin yang kencang, bunyi yang seakan-akan kami berada di tepi pantai mendengar suara ombak yang kuat menghempas pantai. Rupanya ia tanda kami sudah mencecah ketinggian lebih 2000 meter dari paras laut. Memang kuat tiupan angin kali ini. Tak seperti kali pertama kami datang sebelum ini. Kami tahu kami sudah hampir. Dalam kepenatan yang teramat sangat, tak berapa lama akhirnya kamipun sampai ke puncak Irau. Terdengar suara-suara asing di celah-celah pohon renek yang tumbuh di atas puncak gunung ini. Apabila kami menerjah laluan kecil untuk ke pelantar kecil di atas puncak, terlihat 3 buah khemah sudah didirikan. Rupanya sekumpulan seramai 5 orang tadi telah sampai terlebih dahulu dari kami. Mereka menyambut ketibaan kami seorang demi seorang. Kami terpaksa berkongsi tapak perkhemahan di puncak pada malam itu. Tetapi mereka memang "memiliki semangat kesukanan" kerana menyediakan ruang secukupnya untuk kami mendirikan 3 buah khemah milik kami. Mungkin mereka sedar mereka akan "ditemani" oleh kami kerana telah bertembung di "starting point" tadi.
Resembling Harry Porter...The Prisoner of Azkaban!
On top of the world, 2110 meter above sea level, we are the highest among others
Foggy mountains in the morning
Sabtu, 15 Mac 2008
14:15 - Bermula dari "starting point" Gunung Brinchang
15:00 - Hujan mula turun dalam perjalanan
17:15 - Sampai ke Puncak "Anak Irau" dan berehat
17:45 - Bergerak dari "Anak Irau" menuju ke puncak sebenar
18:45 - Kumpulan pertama sampai ke puncak Gunung Irau, pasang khemah
19:10 - Kumpulan kedua termasuk aku sebagai "Team Leader" sampai ke puncak
Ahad, 16 Mac 2008
12:00 - Bergerak turun dari puncak Irau
12:45 - Kumpulan pertama sampai ke "Anak Irau"
13:00 - Kumpulan kedua sampai ke "Anak Irau"
13:25 - Bergerak turun dari "Anak Irau"
16:00 - Kumpulan pertama selamat sampai
16:45 - Kumpulan kedua selamat sampai. Masa ni aku rasa tak larat sangat, rasa mcm nak demam. Esoknya aku cuti emergency sebab nak relek kat rumah...hehehe
The winding world..
our nice shoes & boots
share the same peak
drop signature
the celebration on the great effort, we reach the peak of 2110meter above sea level on March, 15th 2008!!!
"Mountains are silent teachers and they show
the way to noble qualities:
"humility towards nature, sacrifice and willpower"
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Feb-2008 05:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My Portfolio:
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Jan-2008 10:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kembara Gunung Irau
|
|
29 Disember 2007 - Pendakian ke Gunung Irau setinggi lebih 2000 meter atas paras laut merupakan pendakian yang tidak berkesudahan bagi mereka yang pertama kali sampai di sini. Segala dugaan mengharungi laluan yang mencabar minda dan tenaga membuatkan kami hampir kehilangan tenaga dan oksigen. Hutan di sini terkenal di kalangan "backpackers" sebagai "Fairy Tale Forest" kerana terdapatnya lumut-lumut membaluti pokok dan laluannya. Begitu juga kabus yang menyelusup masuk di celah-celah pokok hutan yang menghasilkan "spectacular view" di sini.
Soalan yang biasa didengar di kalangan rakan-rakan semasa mendaki ialah "jauh lagi ker nak sampai?", atau "berapa lama lagi nak sampai ni?, biasanya disahut oleh rakan yang lain - "dah nak dekat dah", atau "20 minit lagi jerr" - dijawab oleh mereka yang sebenarnya belum pernah sampai ke sini. Rupa-rupanya 20 minit bererti lagi setengah jam pun belum tentu sampai. Sangat menghampakan jawapan dari rakan tadi. Akhirnya, kami bergerak secara berasingan, terbahagi kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama yang cukup stamina bergerak di hadapan tanpa berhenti lagi. Merekalah yang akan memasang khemah untuk orang-orang yang terkemudian. Kumpulan kedua adalah yang bergerak perlahan dan "take 5". Kumpulan terakhir adalah untuk mereka yang "pancit" seperti aku kerana sudah tidak terdaya, di samping rakan yang setia (walaupun mereka cukup stamina) terpaksa mengikuti jejak langkah aku mendaki perlahan-lahan dan berhenti untuk "take 5" beberapa kali.
Terdapatnya satu "puncak tipu" di pertengahan perjalanan di mana kami sangka kami sudah sampai ke puncak, rupa-rupanya ada satu puncak lagi yang bersebelahan yang merupakan puncak sebenar Gunung Irau. Pemandangan di sepanjang perjalanan membuatkan kami rasa "enjoy" biarpun dalam kepenatan. Sejam yang terakhir sebelum sampai ke puncak, kami mula tidak memperdulikan lagi pemandangan yang indah itu kerana masing-masing sudah mula .rasa letih.
Akhirnya kami sampai juga ke puncak. Aku nampak mereka sedang memasang khemah, 10 meter di hadapanku. Hatiku mula rasa gembira tak terkata. Yes,..aku sudah berada di puncak....
Saat ini adalah saat yang paling gembira sekali. Segala perjuanganku hari ini tamat di sini - sebelum satu lagi perjuangan untuk pulang pada esok pagi. Aku sudah boleh berehat dan menarik nafas yang panjang. Waktu ini, aku terduduk dan diam seketika, hanya melihat rakan-rakan menyiapkan khemah sambil melayan dengusan nafas yang masih laju...
Aku sendiri tidak menjangka akhirnya dapat sampai ke puncak setelah 10 tahun tidak pernah melakukan ekspedisi seperti ini, tambahan pula aku dah lama tidak "exercise" untuk panjat gunung. Kami sampai pada waktu senja. Pendakian yang mencengkam nafas selama hampir 4 jam yang bermula pukul 3:30 ptg dan sampai ke puncak pada pukul 7:00 ptg. Walaupun kami pertama kali sampai di sini, kami akui rintangan dan cabaran yang kami lalui sepanjang pendakian - boleh dikatakan di setiap meter jarak perjalanan, kami menempuh halangan akar-akar pokok yang besar, laluan yang licin dan berlumpur serta pendakian yang tegak mencanak ke atas.
Kami berkhemah satu malam di atas puncak gunung ini. Segala penat-lelah rasa berbaloi apabila kami dapat menyaksikan pemandangan indah di waktu pagi dari puncak gunung di mana awan dan kabus menyelubungi gunung-2 bersebelahan. Kami juga dapat melihat kawasan Blue Valley dari sini.
Segala pengalaman bersama pendaki-pendaki semasa perkhemahan tak akan mudah dilupakan. Tahniah kami ucapkan kepada para peserta yang berjaya menawan puncak Gunung Irau.
Apa yang penting adalah semangat yang nekad untuk sampai ke puncak. Jika hanya memiliki stamina, tetapi tiada kekuatan mental, anda tidak akan sampai ke atas. Bukan semua orang boleh sampai ke puncak ini jika tak cukup 2 perkara di atas. Gunung Irau bukan tempat untuk pendaki "santai". Persediaan yang secukupnya perlu dilakukan sebelum membuat keputusan utk datang ke sini. Aku menyesal tak melakukan perkara sepatutnya sebelum mendaki. Lepas ni, aku baru mula training setiap petang, naik tangga, turun tangga, lari keliling padang dan sebagainya. Suatu petang, genap sebulan selepas aku mendaki, aku memandu ke tingkat teratas lapangan letak kereta di Jusco (roof-top), aku memandang 30 darjah ke atas ke arah timur-laut - dengan jelas dapat aku melihat sebuah puncak yang berdiri gagah, jiwaku tenang dan damai. Ia mengingatkan aku kembali kepada pengalamanku sebulan yang lalu. Kerinduan aku kepada gunung mencabar kemampuanku lagi, sambil aku menyukainya. Puncak itu kelihatan seolah sedang melambai-lambai kepadaku memanggil aku ke sana - itulah puncak Gunung Korbu, puncak kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia. Aku tahu kau ada di sana, tunggu kedatangan aku nanti......sekali aku sudah mendaki, aku akan terus mendaki lagi...
"Mountains are silent teachers and they show
the way to noble qualities:
"humility towards nature, sacrifice and willpower"
No guide
No police report
Not a drop of water on our way back!
...Alhamdulillah kami pulang dgn selamat...
InsyaAllah kami akan kembali ke sini lagi pada bulan Mac nanti. Kami akan sahut cabaran ini sekali lagi...!



Belakang dari kiri: Norman; Muzammil; Mior Ahmad; Shaifuddin; Amir: Mazlan; Shuaib.
Depan dari kiri; Sharul Azhar; Azhar a.k.a. Deth.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 22-Dec-2007 17:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Dec-2007 21:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gunung Irau Photographic Trip & Ecological Camp
|
|
Sebagai menutup tirai tahun 2007, Webshots Digital Photography akan mengadakan suatu trip fotografi dan perkhemahan ekologi selama 2 hari 1 malam di Gunung Irau, Cameron Highland pada 29 - 30 hb. Disember ini. Kami mempelawa peminat-peminat fotografi alam semulajadi untuk turut serta mengikuti eksplorasi ini. Puncak Gunung Irau adalah puncak yang tertinggi sekali di Cameron Highland. Ia dianggap sebagai "Fairy Tale Forest" oleh para pengembara dari luar negara.
Bagi sesiapa yang meminati aktiviti kembara fotografi alam semulajadi lasak bolehlah menghubungi kami secepat mungkin. Sasaran kami adalah 10 orang peserta sahaja.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Dec-2007 19:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wedding: Yantie & Sharmizi
|
|
Kepada Yantie & Mizi serta keluarga terutamanya Bahtiyar & Syawal, terima kasih kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada kami. Semoga anda sekeluarga dikurniakan kesejahteraan dan bahagia hendaknya.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Nov-2007 20:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Stream of Water
|
|
Place: Kampung Ulu Chepor, Perak.
Azhar Ali, Photographer & Writer
©Azhar Ali. All Image Copyrights Reserved.
|
|
|
|